sewaktu aku kecil dahulu
ketika aku hadiahkan kamu
gula-gula kegemaran kamu
kamu akan tersenyum
dan segera mengucapkan
terima kasih
dan menanyakan apa yang
akau mahu
aku cuma tersenyum
dan berkata
"nanti dulu,awak akan tahu"
dan ketika waktu
aku memberi sejambak
bunga ros merah mekar
sambil mengucap"i love you"
dan ingin melamar kamu'
kamu tersenyum dan berkata
terima kasih dan segera
"apa yang awak mahu"
aku tersenyum dan berkata
nanti dulu
nanti dulu
dan ketika
kamu sarat mengandung
anak kita
dan aku menghadiahkan
sekutum ros merah sambil mengucupkan
dahi kamu
kamu tersenyum
dan berkata
"apa yang abg mahu"
dan aku tersenyum
"nanti dahulu"
kamu akan tahu biar
waktu yang akan
menentukan segalanya
dan ketika ini
kamu berada di atas pusaraku
dan menangis tanpa senym manis itu
dan ketahuilah wahai kasih hatiku
ini saja permintaanku dari dulu
aku hanya ingin kamu menghadiahkan
aku dengan sekalung doa dari hati yang tulus
menghadiahkan aku senyum manismu itu
ini saja permintaan dari ku
0 comments:
Post a Comment