sebatang pokok di atas bukit


sebatang pokok di atas bukit kecil
di bawah itu
aku termenung sendiri
termenung akan kehidupan ini
memandang ke langit biru
melihat awanan putih berarak sesak
ditembusi sekawan burung
terbang bebas melayang layang
seakan tiada yang  mampu menghalang

apa  bisa bumi seluas ini tanpa pencipta
apa bisa langit selebar ini tanpa pencipta
dan apa bisa makhluk segendung banyak tanpa pencipta

ada yang mampu mencabar ketuanan sang pencipta
mampu menginjak keteguhan sang kuasa
Firaun mengaku tuhan sedangkan lemah selemah insan
mendabik perintah gagah di atas puncak
keagungan palsu disanjung tinggi
akhirnya tenggelam dilautan dibelah Musa nabi ALLAH..

mampukah manusia mempersoalkan kewibawaan yang Esa
kita hamba perlu tunduk malu segan dan hina di sisiNya
aku termenung hanya memikir
di bawah pohon ini
kerana aku 
tahu sebatang pokok
diatas bukit ini
sentiasa dan terus sentiasa
berzikir memuji
kebesaran sang penciptanya
dan aku ingin sentiasa 
sepertinya..
InsyaAllah


0 comments:

Post a Comment

4unm3-in with bullet out with heart

about you,me and everyone.
Powered by Blogger.

aku hanya penulis yang menulis dari hati yang tulus

terImA kAsIH singgah SebEnTaR

my love

my love
bidadari aku

Popular Posts

About Me

My photo
aku seorang penulis yang menulis dari hati

berfikir mengikut akal dan hati yang bersih agar mendapat redha yang Maha Esa

Copyright © / 4unm3

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger