selagi ada bulan
aku akan sentiasa disisi
selagi ada bintang
aku akan sentiasa disini
ku bawa kau terbang bersama aku
ku ingin kamu rasa senang akan aku
ku bawa kau menyentuh awan kelabu
untuk menyulam rasa rindu di dalam kalbu
agar kau tahu cinta sang bidadari seperti aku
hanya untuk kamu,selamanya untuk kamu
kadar waktu tidak memberi izin padaku
jika mentari panas menjelma menerangi akan aku
maka aku akan lenyap menjadi kabus salju
maka aku berharap
agar kau tidak akan menungguku
jadikan ku mimpi terindah buatmu
aku datang sekali kepadamu
jika teringat akan aku
tutup matamu kata pada hatimu
bahawa ini mimpi khayalan semata mata
kerana apabila kamu terjaga
kamu tidak akan bersamaku
hanya bersama
kabus salju
0 comments:
Post a Comment