assalamualaikum.....
kehadapan saudari yang sedang membaca surat ini...semoga awak bahagia...mungkin awak tertanya tanya siapa lah saya ...sebenarnya awak amat mengenali saya....saya pernah berkongsi harapan dengan saya....dan pernah menjalani hidup yang indah bersama....namun mungkin awak tidak sedar...
setelah selama ini saya berusaha menulis surat ini , kini barulah saya dapat menulis surat ini untuk awak...surat yang mungkin yang terakhir yang saya dapat saya tulis...dapat saya luahan segala yang saya pendam selama ini...mungkin surat ini boleh mengganggu emosi awak...terlebih dahulu saya memohon seribu kekesalan dan kemaafan..tidaklah terniat tapi tolonglah memberi sedikit ruang untuk saya berbicara....
saya adalah seorang lelaki yang amat menyintai awak...mungkin tiada seorang lelaki pun yang dapat menandingi cinta saya terhadap awak....namun takdir dan suratan telah tertulis...
mungkin awak masih ingat ada seorang lelaki yang sering menunggu di pondok bas setiap hari...melihat awak setiap kali awak ingin tunggu bas di sekolah...berharap awak senyum pada saya....semasa hari hujan ketika awak menunggu di bas saya akan datang membawa payung dan memberi pada awak...awak menolak...namun awak terpaksa menerima dan berlalu dalam rintik hujan sambil berjanji akan mmemulangkan payung pada saya...walaupun awak tidak pernah memulangkannya...hehe...saya rasa itulah saat yang amat saya hargai bila bersama awak...bahagia saja dapat diungkap...
dan tidakkah awak perasaan di kedai bunga awak...setiap pagi akan ada seorang lelaki yang akan berdiri di sebalik bunga dahlia sambil memandang kepada awak..awak mungkin tidak perasaan..tapi pernah sekali saya pernah dikejar dengan ibu awak sambil membawa sebatang penyapu kerana menyangka saya orang yang ingin merompak kedai awak...hehehe....
dan tidakkah awak merasakan pelik kerana setiap hari diluar rumah awak akan ada seorang lelaki yang duduk di bawah pokok rimbun sambil melukis di atas satu kanvas ...setiap hari saya akan cuba melihat wajah awak sambil cuba melukisnya dan akan memberikanya pada awak....
dan tidakkah awak merasa hairan setiap kali hari kekasih akan ada sekuntum bunga yang saya selitkan di pintu rumah awak..dan nota mengatakan "cinta bukan untuk didampingi tapi dikasihi dan disayangi"...dan awak tidak pernah sedar akan nota itu kerana menyangka perbuatan anak anak jiran sebelah yang amat nakal...hehehe
dan pada hari awak keluar bersama seorang lelaki ...tidakkah awak perasaan awak pernah mendengar bersama kekasih awak sebuah lagu dari pemain gitar jalanan dan awak puji akan lagu itu sambil menghulurkan wang 5 ringgit...sebenarnya lagu itu saya karang khas buat awak......
dan tidakkah awak perasaan ada seorang datang kepada awak disaat awak sedang menangis ketika kekasih awak meninggalkan awak..dan lelaki itu memberi sapu tangan kepada awak...dan berlalu pergi...dan sapu tangan tidak pernah awak pulangkan kepada saya...
mungkin awak tidak perasan ....mungkin ini saja yang boleh saya ungkapkan....sebenarnya saya menulis surat ini kerana saya akan berkahwin dengan wanita yang saya pilih.....wanita yang saya cinta yang saya sayang selamanya....tidak siapa dapat menandingi kasih sayang saya padanya...dengan surat ini saya kepingkan lukisan yang saya usaha mengenali awak dan wang 5 ringgit yang awak berikan...payung dan sapu tangan itu saya harap jadikan sebagai kenangan buat kita...sudah kesat air mata itu....surat ini akan menjadi terakhir kerana kita akan bersama tidak lama nanti....cepatlah keluar dari bilik ...saya sedang menunggu diluar..panas pakai baju pengantin nie............
yang menunggu,
bakal suamimu