haaaa.......sungguh tenang hati ini anak anak aku akan pulang ke kampung........sebak rasa hati bila dirasai sampai mencucuk hati aku...along,angah,ateh dan adik......anak anak ku yang amat ku cintai.....ku besar dari tapak kaki yang kecil sehingga besar melebihi aku....rindu zaman mereka kecil kecil dahulu....riuh rendah dan gelagat mereka yang sering membuat mulut ku tak berhenti berleter.....pernah satu ketika aku pernah mencili mulut mereka kerana amat bising tika aku bertungkus lumus menyiapkan hidangan....berang aku bukan kepalang...ingin saja aku hayunkan lesung batu kepada mereka...pernah juga aku menjerit seakan harimau kelaparan...hmm.....aku hanya ingin mendidik mereka selagi terdaya...itulah indahnya kehidupan bersama anak anak ku.....anak yang lahir dalam rahimku...ku kendong selagi mampu....ku bersyukur atas kurniaan ini....along,angah ateh dan adik..........emak rindu kamu.....kamu akan pulang hari ini....kan...
14 disember 3.00 ptg(di ruang tamu)
"ayah...nak pergi kedai boleh"...rengek anakku.Permata hatiku ,semangat dan pelengkap kebahagiaanku..hari ini kamu semua pulang.... jauh sudut hatiku yang ku simpan aku merasakan terlalu gembira...jikalau aku tidak tua ingin ku heboh satu kampung bahawa anakku akan pulang...ayah rindu kamu.....ayah rindu gelagat kamu...ayah rindu segala segala tentang kamu semua...along angah ateh dan adik....Segala tumpah keringatku membanting tulang empat kerat hanya untuk melihat kamu semua bahagia...kamu semua boleh hidup selesa...hidup gembira...agar makan pakai cukup dan sempurna.....aku masih teringat satu masa kamu semua meminta ingin membeli kasut baru untuk raya ..aku serba salah ...duit hanya cukup cukup untuk membeli beras dan daging untuk juadah keesokannya....aku tidak pulang sampai ke malam ...kerana berusaha mencari ikhtiar membeli kasut untuk kamu semua...namun aku hanya membeli selipar jepun yang berwarna warni..itu hanya yang mampu...malam itu aku hanya menangis..kerana takut menunggu reaksi kamu semua pagi raya itu...namun aku silap.... kamu semua meloncat gembira dan terus memelukku dan mengucap terima kasih..aku tidak sedar di pagi hari raya itu air mata ku jatuh lagi buat kali kedua....itulah kemanisan yang kau rasa setelah bergelar ayah...anak anakku...kamu kan pulangkan...ayah sedang menunggu....
************ayah dan ibu mengalih pandangan ke kaca televisyen**************
14 disember 3.00ptg(di rancangan berita terkini di tv3)
dilaporkan terdapat satu kemalangan maut yang menimpa sebuah kereta yang telah hilang kawalan lalu merempuh semua lori tangki minyak di jalan menghala ke pahang.kejadian itu melibatkan empat orang adik beradik, keempat adik beradik itu telah terkorban dalam kejadian,namun seorang mangsa sempat memberi pesanan kepada seorang anggota penyelamat sebelu menghembuskan nafas yang terakhir, menurut anggota penyelamat yang berada di tempat kejadian mangsa menyatakan bahawa mereka amat menyayangi ibu dan ayah mereka ,dan memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung.Walaubagaimanapun,identiti sebenar keempat mangsa tidak diketahui..sekiranya terdapat sebarang maklumat.........
~~~mak....along mintak maaf....along tak dapt nak kawal kereta....maafkan alongtak jaga adik betul2.........maaf ayah....tak dapat pulang ke kampung~~~~
0 comments:
Post a Comment