~ kanvas warna kehidupan~

 
kanvas berwarna putih ini
 lapang suci naif jahil 
ku bentang luas 
seluas perjalanan hidup
kan ku selerakkan warna warni
kehidupan ku

bila ku calitkan warna merah
kemarahan kebencian membengis bangkit
mengikuti alunan warna merah
garang mengganas membuak
meledak memuncak 

lalu ku ku campur warna hitam
kelam hitam menyelit dendam
bercampur merah menjadi bara dalam
gagah kukuh menaungi 
alunan lukisan menjadi muram sepi mencengkam

ku seimbangkan warna biru
ku calit memberi sinar
ku alun lembut menembusi bara
memberi kesejukan mencucuk dalam
kelembutan membuai keresahan
cair menjadi lelehan rintihan

ku bantu dengan warna hijau
kedamaian menyerap 
lahir ketenangan panjang
calitan menjadi senang
menyerap membelah warna garang
agar seimbang

keceriaan kuning pelengkap
riang ceria menyerlah
memberi ketawa menggeletek hati
perencah indah mengalun mudah
sempurna jalan hidup 

ku ungkap nilai warna
ku sebati dengan hidup 
ku calit atas kanvas
lahir sebuah lukisan
cerita tentang kehidupan




~~~hujan oh hujan kenapa engkau turun~~~


semangat aku telah hilang untuk menyidai baju setelah aku semangat membasuh menggunakan kudrat... membanting tulang kerana hujan..........di sebabkan semangat ku hilang...maka tangan dan otak ku ligat memikirkan sesuatu..semua hujan .....air.....kalau la hujan  2 benda2 berharga cam emas,ape2 jela...yang jatuh...ape jadi....

  • kalau hujan emas.....semua orang sediakan tong2 tadah emas...kalau tengok awan mendong....
  • kalau hujan batu...semua sediakan atap atau bumbung rumah dengan konkrit yang paling kukuh pernah dibina oleh manusia seantero zaman
  • kalau hujan motor..syarikat motor solat hajat  mintak hujan tak turun takut bisnes bankrap....yela...motor x laku...
  • kalau hujan api...macam neraka la bumi kita nie...
  • kalau hujan wang...semua bank terpaksa membesarkan tempat simpan duet....semua orang nak simpan duit
  • kalau hujan i phone...maka anak muda yang gila gadget berkumpul tika kilat dan guruh berdentum
  • kalau hujan tahi...maka bumi kita akan dilanda pencemaran bau busuk yang melampau..
  • kalau hujan coklat...maka "pop" jadilah cocokruch<iklan>...hahaha...
  • kalau hujan buku...maka budak U tak perlu pikir pasal nak beli buku....
  • kalau hujan awek cun2..maka tak sempat nak hidup awek tu sebab mati terhempas terlebih duhulu..kahx3
  • kalau hujan ....................................

hahaha...aku dah kering idea....kahx3..hm...yang penting...mesti ada hikmah kenapa Allah wat hujan dari air......pikir2 kan lah................:)

...laungan jeritan batinku bergema........



dengarkan segala
jeritan batinku

menjerit di segenap ruang gelap
mencari setiap genap sinar 
launganku dengarlah semua
menjerit  dari kotak padu
terkunci mati tiada kunci
memaksa diri mencari jalan pulang
meraba mencari pentanda datang


dengarkan segala 
jeritan batinku

ku hantar bayang kepada empunya
meminta merayu hajat hatiku
agar segera kau faham
terus sedar akan sesalan
karma akan terus membilang
sejauh mana kau menjauh
selagi itu kesal datang bersauh

dengarkan segala
jeritan batinku

 ku tak lepas dalam genggaman
ke sentap mencari keadilan
memerah setiap titik kebahagiaan
ke tukar menjadi butir kesengsaraan
sanggup tikam belakang
untuk mengecap kenikmatan
ku rasuk hatimu
agar ingat nista kau akan aku


laungkan jeritan ini biar menghantui hidup kalian
biar hati bertemu hati
agar sampai segala impian
membunuh segala penipuan
tunggu akan perbalasan
bergema jeritan batin ini setanding kesengsaraan yang aku perolehi






~pilih antara dua~



sekiranya aku beban buatmu

tinggalkan aku
sekiranya aku sengsara buatmu
lupakan aku
sekiranya aku menyusahkanmu
biarkan aku

aku berbisik pada hati aku sendiri
jika aku masuk ke dalam hidupmu
memberi setiap masalahku terhadapmu
adakah kamu bahagia?
aku sanggup merasai seksa melihat kau jauh dariku 
daripada
aku merasai kesakitan yang kau rasai kerana aku....

aku akan jauh menjauhi hatimu
tidak lagi memaut rasa kasih padamu
walau kasih ini sentiasa ingin mendekatimu

**********************************************

sekiranya kamu beban buatku
aku akan dekat padamu
sekiranya kamu sengsara buatku
aku mengingatimu
sekiranya kamu menyusahkanku
aku mendaptkanmu

aku berbisik pada hati aku sendiri
jika kamu masuk ke dalam hidupku
memberi setiap masalah terhadap terhadapku
aku amat bahagia
aku sanggup merasai seksa menanggung setiap deritamu
daripada
aku merasai sakit dari terus meninggalkanmu

aku akan dekat mendekatimu
masih lagi memaut rasa kasih padamu
kerana kasih ini sentisa ingin mendekatimu

~~~~sudah tertulis~~~~


14 disember 3.00 ptg(di dapur)

haaaa.......sungguh tenang hati ini anak anak aku akan pulang ke kampung........sebak rasa hati bila dirasai sampai mencucuk hati aku...along,angah,ateh dan adik......anak anak ku yang amat ku cintai.....ku besar dari tapak kaki yang kecil sehingga besar melebihi aku....rindu zaman mereka kecil kecil dahulu....riuh rendah dan gelagat mereka yang sering membuat mulut ku tak berhenti berleter.....pernah satu ketika aku pernah mencili mulut mereka kerana amat bising tika aku bertungkus lumus menyiapkan hidangan....berang aku bukan kepalang...ingin saja aku hayunkan lesung batu kepada mereka...pernah juga aku menjerit seakan harimau kelaparan...hmm.....aku hanya ingin mendidik mereka selagi terdaya...itulah indahnya kehidupan bersama anak anak ku.....anak yang lahir dalam rahimku...ku kendong selagi mampu....ku bersyukur atas kurniaan ini....along,angah ateh dan adik..........emak rindu kamu.....kamu akan pulang hari ini....kan...


14 disember 3.00 ptg(di ruang tamu)

"ayah...nak pergi kedai boleh"...rengek anakku.Permata hatiku ,semangat dan pelengkap kebahagiaanku..hari ini kamu semua pulang.... jauh sudut hatiku yang ku simpan aku merasakan terlalu gembira...jikalau aku tidak tua ingin ku heboh satu kampung bahawa anakku akan pulang...ayah rindu kamu.....ayah rindu gelagat kamu...ayah rindu segala segala tentang kamu semua...along angah ateh dan adik....Segala tumpah keringatku membanting tulang empat kerat hanya untuk melihat kamu semua bahagia...kamu  semua boleh hidup selesa...hidup gembira...agar makan pakai cukup dan sempurna.....aku masih teringat satu masa kamu semua meminta ingin membeli kasut baru untuk raya ..aku serba salah ...duit hanya cukup cukup untuk membeli beras dan daging untuk juadah keesokannya....aku tidak pulang sampai ke malam ...kerana berusaha mencari ikhtiar membeli kasut untuk kamu semua...namun aku hanya membeli selipar jepun yang berwarna warni..itu hanya yang mampu...malam itu aku hanya menangis..kerana takut menunggu reaksi kamu semua pagi raya itu...namun aku silap.... kamu semua meloncat gembira dan terus memelukku dan mengucap terima kasih..aku tidak sedar di pagi hari raya itu air mata ku jatuh lagi buat kali kedua....itulah kemanisan yang kau rasa setelah bergelar ayah...anak anakku...kamu kan pulangkan...ayah sedang menunggu....

************ayah dan ibu mengalih pandangan ke kaca televisyen**************




14 disember 3.00ptg(di rancangan berita terkini di tv3)

dilaporkan terdapat satu kemalangan maut yang menimpa  sebuah kereta yang telah hilang kawalan lalu merempuh semua lori tangki minyak di jalan menghala ke pahang.kejadian itu melibatkan empat orang adik beradik, keempat adik beradik itu telah terkorban dalam kejadian,namun seorang mangsa sempat memberi pesanan kepada seorang anggota penyelamat sebelu menghembuskan nafas yang terakhir, menurut anggota penyelamat yang berada di tempat kejadian mangsa menyatakan bahawa mereka amat menyayangi ibu dan ayah mereka ,dan memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung.Walaubagaimanapun,identiti sebenar  keempat mangsa tidak diketahui..sekiranya terdapat sebarang maklumat.........


~~~mak....along mintak maaf....along tak dapt nak kawal kereta....maafkan alongtak jaga adik         betul2.........maaf ayah....tak  dapat pulang ke kampung~~~~


sejadah lusuh


desir subuh  aku di atas tikar sejadah lusuh ini
tunduk mengukur sejauh mana rasa sayangku terhadapMu
aku cuba membasahi bibir ku dengan rantaian zikir
cuba memenuhi hatiku dengan tahmid dan takbir memuji kebesaranMU

cuba mengimbau sejarah hidupku bersama embun subuh ini
cuba menitis merintih mengira dengan butir tasbih bergerak dijari
cuba menjadikan hatiku putih seputih serban di kepala ku ini
cuba meresap menyerahkan diri bersama sinar samar kegelapan pagi ini
cuba melembutkan jiwaku selembut sejadah lusuh ini

ampunkan dosa yangku buat tanpa sedar
ampunkan cerca nista yang ku ungkap dengan kata
ampunkan keterlanjuranku di atas muka dunia

aku tahu Kau sentiasa menerima taubatku ini
Sentiasa tunggu akan aku berpaling kepadamu
tika aku cuba lari dari menyembahMu
tidak sekali Kau berputus asa denganku
tidak sekali kau berpaling dariku

di atas sejadah lusuh ini
tunduk aku cuba patuh sendiri
biarlah derai mata ini menjadi saksi
Allah tuhan sekalian alam 
sambutlah
taubat nasuhaku ini




~~~indah~~~


alam ini cukup indah
mempesona mata 
tak tercapai minda 
sukar ditafsir
diolah akal bijaksana
sang manusia
yang hina 

namun apa mungkin ada yang
masih mempersoal berani dabik dada
siapa yang mencipta
siapa yang sang pembuatnya

kata alam lahir hanya dengan sendirinya
cuba dipikir dari akal hati kita
mana mungkin manusia jadi dengan sendirinya
peringkat demi peringkat ditempuh dari air yang hina
menjadi manusia sempurna akal dan anggota

soal tanpa akal yang sihat sempurna
cuba diungkai kejadian Maha Kuasa

hamparan langit tidak jatuh menyembah bumi walau tiada tiang tegak berdiri
bulan beredar mengikut masa teratur dengan kemas mengikut masa tepat sendiri
damparan laut biru luas tidak pernah banjir menggelami dataran kehidupan manusia hakiki
sungai panjang mengalir tanpa henti tidak pernah peduli apa dihalangi
udara segar sekiling manusia tidak kurang dihirup manusia untuk bernafas lagi

apa ini tak nampak sebarang bukti
serumit kejadian tidak mungkin tiada pencipta
cuba perlu dihayati dengan teliti
ditambah akal dan hati yang suci
agar dapat
menjadi seorang hamba
yang kenal fitrah hidup sendiri
tenang tunduk menjalani 
alam yang cukup indah ini







tinta buat sayang....


b bukan sesiapa bagi cyg
b hanya kekasih yang cuba
menjadi yang terbaik
terbaik dimata cyg..
b tahu b bukan kekasih pilihan cyg
cyg hanya simpati kepada b
b selalu bersama cyg
b ade bila susah dan senang
kerana itu cyg tak sanggup 
melukai hati b.....

ada satu masa
kita pernah jalan bersama
muka cyg nampak lain
semua orang tengok kat kite
ade yang ketawa ade yang berbisik
cyg x selesa
b tau cyg malu ngan b
b tak hensem
orang semua kate kita x sesuai
cyg kate x perk
x kesah pown
tapi...b...tahu
cyg malu tapi syg saje je sorok...
cyg x nak b terasa..kan...

dan ada suatu hari
ada seorang lelaki nak kenal ngan  syg
kacak dan bergaya
slalu tanyer b macam2 tentang cyg
dier tak tahu kiter kapel
b senyum saje
b x nak kate ape2
b ckap kat cyg
terimalah dier,dier lebih sempurna
cyg tunduk tapi menggeleng kepala
b senyum aje
b tinggalkan cyg 
b nak cyg pikir 
tak kesah la ape pown keputusannyer
b sedia sepenuhnya

cyg dah tak mcg b
dekat berbulan gak r...
b tak tau kenapa...
pastu b pergi rumah cyg
tengok cyg tengah beborak
dengan lelaki nie...
cyg tak pernah senyum macam nie ngan b
cyg macam bebas...gembira dan bahagia
b senyum masa tu....
b beredar..walau sakit b terima hakikat cyg bahagia...
b redha....redha sepenuh hati...
cuma berpegang pada ayat nie..
"menyintai bukan bermakna memiliki"..

cyg...
maaf kalau surat nie mengungkap kenangan ngan b..
b cuma nak bagitau..
mungkin b x sempat nak pergi majlis kahwin cyg
kad jemputan pown tak sempat bace
b kat bilik persediaan pembedahan otak
b kena kanser...sakit gak r..
pembedahan nie je la jalan terakhir..
50-50....peluangnyer
tak kesah lar..b redha..
cyg...
cyg perlu tahu hakikat nie
kalau la b selamat b akan datang kat majlis cyg
kalau b pergi..cyg akan bace surat nie...
:')

                                                                                                                    yang masih menyintaimu..




mendongak ke langit


cuma menyintai kamu
dari hati ini
aku cuba mendongak
langit
mengukur kesedaran diri
mencari dimana
ia pergi
hilang sendiri


aku sendiri disini
cuba dan
cuba mendongak langit
sekali lagi
apa perlu ku gapai
sedang ia pergi menghilang
sepi aku hanya memandang

aku berdiri menyuci diri
ku lari
mendongak langit sekali ini
sebab ku tahu
hanya disini aku bisa 
terasa senang
disamping seorang
berkongsi hidup
mendongak langit
mencari pelangi
untuk kali ini


kalau haiwan pergi sekolah?

Apa jadi kalau haiwan pergi sekolah...hahaha...mesti pelik...nie list perkara yang akan jadi kalau haiwan pergi sekolah..take note...yela...takut2 nanty terjadi x terkejut sangat



  • kalau haiwan pergi sekolah.....maka mata pelajaran muzik akan kedengaran kokokan ayam yang terbukti zaman berzaman kelantangan suaranya.
  • kalau haiwan pergi sekolah....maka makcik cleaner terpaksa membebel berhari2 kerana lembu kerbau dan seangkatan denganya membuang sisa pepejal merata rata
  • kalau haiwan pergi sekolah...ibu ayam terpaksa dan dipaksa belajar mengira kerana takut anaknya hilang seekor..yela kan kecoh satu kampung.
  • kalau haiwan pergi sekolah....kijang akan mengungguli acara lompat kijang dalam acara sukan sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....maka akan ada peraturan "tidak dibenarkan memakan haiwan lain..AMARAN KERAS:haiwan karnivor."
  • kalau haiwan  pergi sekolah...di kantin sekolah akan dijual rumput kering,jagung ayam,daging mentah, dan bermacam macam lagi makanan yang kita tak akan jumpa di kantin sekolah normal.
  • kalau haiwan  pergi sekolah....kura kura akan selalu dihadapkan ke pengetua sebab datang lambat
  • kalau haiwan bersekolah.....kambing akan di denda sebab simpan janggut..hahaha...sekolahkan x leh simpan tanduk
  • kalau haiwan pergi sekolah....katak takut masuk makmal biologi..takut jadi  bahan eksperimen
  • kalau haiwan pergi sekolah....burung hantu akan sentiasa tidur dalam kelas...
  • kalau haiwan  pergi sekolah....anjing dan kucing akan dibuang sekolah sebab selalu bergadoh...bak kata pepatah ibarat anjing dengan kucing
  • kalau haiwan pergi sekolah....semut akan di tempat di kelas murid kurang upaya...yela..nercampur ngan gajah ke ...gorila kew...x ke penyek semut 2
  • kalau haiwan pergi sekolah.....x derk kes curi...sebab haiwan x pandai mencuri
  • kalau haiwan pergi sekolah...x derk kes ponteng sekolah..sebab haiwan tak derk otak kreatif camne nak ponteng sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....haiwan akan hormat ketua atau orang yang lebih tua....maka x derk kes kurang ajar kat sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....haiwan x akan berungut...walau kerja sekolah bnyak atau apa pown..sebab haiwann xleh bercakap....

4unm3-in with bullet out with heart

about you,me and everyone.
Powered by Blogger.

aku hanya penulis yang menulis dari hati yang tulus

terImA kAsIH singgah SebEnTaR

my love

my love
bidadari aku

Popular Posts

About Me

My photo
aku seorang penulis yang menulis dari hati

berfikir mengikut akal dan hati yang bersih agar mendapat redha yang Maha Esa

Copyright © / 4unm3

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger