~ kanvas warna kehidupan~

 
kanvas berwarna putih ini
 lapang suci naif jahil 
ku bentang luas 
seluas perjalanan hidup
kan ku selerakkan warna warni
kehidupan ku

bila ku calitkan warna merah
kemarahan kebencian membengis bangkit
mengikuti alunan warna merah
garang mengganas membuak
meledak memuncak 

lalu ku ku campur warna hitam
kelam hitam menyelit dendam
bercampur merah menjadi bara dalam
gagah kukuh menaungi 
alunan lukisan menjadi muram sepi mencengkam

ku seimbangkan warna biru
ku calit memberi sinar
ku alun lembut menembusi bara
memberi kesejukan mencucuk dalam
kelembutan membuai keresahan
cair menjadi lelehan rintihan

ku bantu dengan warna hijau
kedamaian menyerap 
lahir ketenangan panjang
calitan menjadi senang
menyerap membelah warna garang
agar seimbang

keceriaan kuning pelengkap
riang ceria menyerlah
memberi ketawa menggeletek hati
perencah indah mengalun mudah
sempurna jalan hidup 

ku ungkap nilai warna
ku sebati dengan hidup 
ku calit atas kanvas
lahir sebuah lukisan
cerita tentang kehidupan




~~~hujan oh hujan kenapa engkau turun~~~


semangat aku telah hilang untuk menyidai baju setelah aku semangat membasuh menggunakan kudrat... membanting tulang kerana hujan..........di sebabkan semangat ku hilang...maka tangan dan otak ku ligat memikirkan sesuatu..semua hujan .....air.....kalau la hujan  2 benda2 berharga cam emas,ape2 jela...yang jatuh...ape jadi....

  • kalau hujan emas.....semua orang sediakan tong2 tadah emas...kalau tengok awan mendong....
  • kalau hujan batu...semua sediakan atap atau bumbung rumah dengan konkrit yang paling kukuh pernah dibina oleh manusia seantero zaman
  • kalau hujan motor..syarikat motor solat hajat  mintak hujan tak turun takut bisnes bankrap....yela...motor x laku...
  • kalau hujan api...macam neraka la bumi kita nie...
  • kalau hujan wang...semua bank terpaksa membesarkan tempat simpan duet....semua orang nak simpan duit
  • kalau hujan i phone...maka anak muda yang gila gadget berkumpul tika kilat dan guruh berdentum
  • kalau hujan tahi...maka bumi kita akan dilanda pencemaran bau busuk yang melampau..
  • kalau hujan coklat...maka "pop" jadilah cocokruch<iklan>...hahaha...
  • kalau hujan buku...maka budak U tak perlu pikir pasal nak beli buku....
  • kalau hujan awek cun2..maka tak sempat nak hidup awek tu sebab mati terhempas terlebih duhulu..kahx3
  • kalau hujan ....................................

hahaha...aku dah kering idea....kahx3..hm...yang penting...mesti ada hikmah kenapa Allah wat hujan dari air......pikir2 kan lah................:)

...laungan jeritan batinku bergema........



dengarkan segala
jeritan batinku

menjerit di segenap ruang gelap
mencari setiap genap sinar 
launganku dengarlah semua
menjerit  dari kotak padu
terkunci mati tiada kunci
memaksa diri mencari jalan pulang
meraba mencari pentanda datang


dengarkan segala 
jeritan batinku

ku hantar bayang kepada empunya
meminta merayu hajat hatiku
agar segera kau faham
terus sedar akan sesalan
karma akan terus membilang
sejauh mana kau menjauh
selagi itu kesal datang bersauh

dengarkan segala
jeritan batinku

 ku tak lepas dalam genggaman
ke sentap mencari keadilan
memerah setiap titik kebahagiaan
ke tukar menjadi butir kesengsaraan
sanggup tikam belakang
untuk mengecap kenikmatan
ku rasuk hatimu
agar ingat nista kau akan aku


laungkan jeritan ini biar menghantui hidup kalian
biar hati bertemu hati
agar sampai segala impian
membunuh segala penipuan
tunggu akan perbalasan
bergema jeritan batin ini setanding kesengsaraan yang aku perolehi






~pilih antara dua~



sekiranya aku beban buatmu

tinggalkan aku
sekiranya aku sengsara buatmu
lupakan aku
sekiranya aku menyusahkanmu
biarkan aku

aku berbisik pada hati aku sendiri
jika aku masuk ke dalam hidupmu
memberi setiap masalahku terhadapmu
adakah kamu bahagia?
aku sanggup merasai seksa melihat kau jauh dariku 
daripada
aku merasai kesakitan yang kau rasai kerana aku....

aku akan jauh menjauhi hatimu
tidak lagi memaut rasa kasih padamu
walau kasih ini sentiasa ingin mendekatimu

**********************************************

sekiranya kamu beban buatku
aku akan dekat padamu
sekiranya kamu sengsara buatku
aku mengingatimu
sekiranya kamu menyusahkanku
aku mendaptkanmu

aku berbisik pada hati aku sendiri
jika kamu masuk ke dalam hidupku
memberi setiap masalah terhadap terhadapku
aku amat bahagia
aku sanggup merasai seksa menanggung setiap deritamu
daripada
aku merasai sakit dari terus meninggalkanmu

aku akan dekat mendekatimu
masih lagi memaut rasa kasih padamu
kerana kasih ini sentisa ingin mendekatimu

~~~~sudah tertulis~~~~


14 disember 3.00 ptg(di dapur)

haaaa.......sungguh tenang hati ini anak anak aku akan pulang ke kampung........sebak rasa hati bila dirasai sampai mencucuk hati aku...along,angah,ateh dan adik......anak anak ku yang amat ku cintai.....ku besar dari tapak kaki yang kecil sehingga besar melebihi aku....rindu zaman mereka kecil kecil dahulu....riuh rendah dan gelagat mereka yang sering membuat mulut ku tak berhenti berleter.....pernah satu ketika aku pernah mencili mulut mereka kerana amat bising tika aku bertungkus lumus menyiapkan hidangan....berang aku bukan kepalang...ingin saja aku hayunkan lesung batu kepada mereka...pernah juga aku menjerit seakan harimau kelaparan...hmm.....aku hanya ingin mendidik mereka selagi terdaya...itulah indahnya kehidupan bersama anak anak ku.....anak yang lahir dalam rahimku...ku kendong selagi mampu....ku bersyukur atas kurniaan ini....along,angah ateh dan adik..........emak rindu kamu.....kamu akan pulang hari ini....kan...


14 disember 3.00 ptg(di ruang tamu)

"ayah...nak pergi kedai boleh"...rengek anakku.Permata hatiku ,semangat dan pelengkap kebahagiaanku..hari ini kamu semua pulang.... jauh sudut hatiku yang ku simpan aku merasakan terlalu gembira...jikalau aku tidak tua ingin ku heboh satu kampung bahawa anakku akan pulang...ayah rindu kamu.....ayah rindu gelagat kamu...ayah rindu segala segala tentang kamu semua...along angah ateh dan adik....Segala tumpah keringatku membanting tulang empat kerat hanya untuk melihat kamu semua bahagia...kamu  semua boleh hidup selesa...hidup gembira...agar makan pakai cukup dan sempurna.....aku masih teringat satu masa kamu semua meminta ingin membeli kasut baru untuk raya ..aku serba salah ...duit hanya cukup cukup untuk membeli beras dan daging untuk juadah keesokannya....aku tidak pulang sampai ke malam ...kerana berusaha mencari ikhtiar membeli kasut untuk kamu semua...namun aku hanya membeli selipar jepun yang berwarna warni..itu hanya yang mampu...malam itu aku hanya menangis..kerana takut menunggu reaksi kamu semua pagi raya itu...namun aku silap.... kamu semua meloncat gembira dan terus memelukku dan mengucap terima kasih..aku tidak sedar di pagi hari raya itu air mata ku jatuh lagi buat kali kedua....itulah kemanisan yang kau rasa setelah bergelar ayah...anak anakku...kamu kan pulangkan...ayah sedang menunggu....

************ayah dan ibu mengalih pandangan ke kaca televisyen**************




14 disember 3.00ptg(di rancangan berita terkini di tv3)

dilaporkan terdapat satu kemalangan maut yang menimpa  sebuah kereta yang telah hilang kawalan lalu merempuh semua lori tangki minyak di jalan menghala ke pahang.kejadian itu melibatkan empat orang adik beradik, keempat adik beradik itu telah terkorban dalam kejadian,namun seorang mangsa sempat memberi pesanan kepada seorang anggota penyelamat sebelu menghembuskan nafas yang terakhir, menurut anggota penyelamat yang berada di tempat kejadian mangsa menyatakan bahawa mereka amat menyayangi ibu dan ayah mereka ,dan memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung.Walaubagaimanapun,identiti sebenar  keempat mangsa tidak diketahui..sekiranya terdapat sebarang maklumat.........


~~~mak....along mintak maaf....along tak dapt nak kawal kereta....maafkan alongtak jaga adik         betul2.........maaf ayah....tak  dapat pulang ke kampung~~~~


sejadah lusuh


desir subuh  aku di atas tikar sejadah lusuh ini
tunduk mengukur sejauh mana rasa sayangku terhadapMu
aku cuba membasahi bibir ku dengan rantaian zikir
cuba memenuhi hatiku dengan tahmid dan takbir memuji kebesaranMU

cuba mengimbau sejarah hidupku bersama embun subuh ini
cuba menitis merintih mengira dengan butir tasbih bergerak dijari
cuba menjadikan hatiku putih seputih serban di kepala ku ini
cuba meresap menyerahkan diri bersama sinar samar kegelapan pagi ini
cuba melembutkan jiwaku selembut sejadah lusuh ini

ampunkan dosa yangku buat tanpa sedar
ampunkan cerca nista yang ku ungkap dengan kata
ampunkan keterlanjuranku di atas muka dunia

aku tahu Kau sentiasa menerima taubatku ini
Sentiasa tunggu akan aku berpaling kepadamu
tika aku cuba lari dari menyembahMu
tidak sekali Kau berputus asa denganku
tidak sekali kau berpaling dariku

di atas sejadah lusuh ini
tunduk aku cuba patuh sendiri
biarlah derai mata ini menjadi saksi
Allah tuhan sekalian alam 
sambutlah
taubat nasuhaku ini




~~~indah~~~


alam ini cukup indah
mempesona mata 
tak tercapai minda 
sukar ditafsir
diolah akal bijaksana
sang manusia
yang hina 

namun apa mungkin ada yang
masih mempersoal berani dabik dada
siapa yang mencipta
siapa yang sang pembuatnya

kata alam lahir hanya dengan sendirinya
cuba dipikir dari akal hati kita
mana mungkin manusia jadi dengan sendirinya
peringkat demi peringkat ditempuh dari air yang hina
menjadi manusia sempurna akal dan anggota

soal tanpa akal yang sihat sempurna
cuba diungkai kejadian Maha Kuasa

hamparan langit tidak jatuh menyembah bumi walau tiada tiang tegak berdiri
bulan beredar mengikut masa teratur dengan kemas mengikut masa tepat sendiri
damparan laut biru luas tidak pernah banjir menggelami dataran kehidupan manusia hakiki
sungai panjang mengalir tanpa henti tidak pernah peduli apa dihalangi
udara segar sekiling manusia tidak kurang dihirup manusia untuk bernafas lagi

apa ini tak nampak sebarang bukti
serumit kejadian tidak mungkin tiada pencipta
cuba perlu dihayati dengan teliti
ditambah akal dan hati yang suci
agar dapat
menjadi seorang hamba
yang kenal fitrah hidup sendiri
tenang tunduk menjalani 
alam yang cukup indah ini







tinta buat sayang....


b bukan sesiapa bagi cyg
b hanya kekasih yang cuba
menjadi yang terbaik
terbaik dimata cyg..
b tahu b bukan kekasih pilihan cyg
cyg hanya simpati kepada b
b selalu bersama cyg
b ade bila susah dan senang
kerana itu cyg tak sanggup 
melukai hati b.....

ada satu masa
kita pernah jalan bersama
muka cyg nampak lain
semua orang tengok kat kite
ade yang ketawa ade yang berbisik
cyg x selesa
b tau cyg malu ngan b
b tak hensem
orang semua kate kita x sesuai
cyg kate x perk
x kesah pown
tapi...b...tahu
cyg malu tapi syg saje je sorok...
cyg x nak b terasa..kan...

dan ada suatu hari
ada seorang lelaki nak kenal ngan  syg
kacak dan bergaya
slalu tanyer b macam2 tentang cyg
dier tak tahu kiter kapel
b senyum saje
b x nak kate ape2
b ckap kat cyg
terimalah dier,dier lebih sempurna
cyg tunduk tapi menggeleng kepala
b senyum aje
b tinggalkan cyg 
b nak cyg pikir 
tak kesah la ape pown keputusannyer
b sedia sepenuhnya

cyg dah tak mcg b
dekat berbulan gak r...
b tak tau kenapa...
pastu b pergi rumah cyg
tengok cyg tengah beborak
dengan lelaki nie...
cyg tak pernah senyum macam nie ngan b
cyg macam bebas...gembira dan bahagia
b senyum masa tu....
b beredar..walau sakit b terima hakikat cyg bahagia...
b redha....redha sepenuh hati...
cuma berpegang pada ayat nie..
"menyintai bukan bermakna memiliki"..

cyg...
maaf kalau surat nie mengungkap kenangan ngan b..
b cuma nak bagitau..
mungkin b x sempat nak pergi majlis kahwin cyg
kad jemputan pown tak sempat bace
b kat bilik persediaan pembedahan otak
b kena kanser...sakit gak r..
pembedahan nie je la jalan terakhir..
50-50....peluangnyer
tak kesah lar..b redha..
cyg...
cyg perlu tahu hakikat nie
kalau la b selamat b akan datang kat majlis cyg
kalau b pergi..cyg akan bace surat nie...
:')

                                                                                                                    yang masih menyintaimu..




mendongak ke langit


cuma menyintai kamu
dari hati ini
aku cuba mendongak
langit
mengukur kesedaran diri
mencari dimana
ia pergi
hilang sendiri


aku sendiri disini
cuba dan
cuba mendongak langit
sekali lagi
apa perlu ku gapai
sedang ia pergi menghilang
sepi aku hanya memandang

aku berdiri menyuci diri
ku lari
mendongak langit sekali ini
sebab ku tahu
hanya disini aku bisa 
terasa senang
disamping seorang
berkongsi hidup
mendongak langit
mencari pelangi
untuk kali ini


kalau haiwan pergi sekolah?

Apa jadi kalau haiwan pergi sekolah...hahaha...mesti pelik...nie list perkara yang akan jadi kalau haiwan pergi sekolah..take note...yela...takut2 nanty terjadi x terkejut sangat



  • kalau haiwan pergi sekolah.....maka mata pelajaran muzik akan kedengaran kokokan ayam yang terbukti zaman berzaman kelantangan suaranya.
  • kalau haiwan pergi sekolah....maka makcik cleaner terpaksa membebel berhari2 kerana lembu kerbau dan seangkatan denganya membuang sisa pepejal merata rata
  • kalau haiwan pergi sekolah...ibu ayam terpaksa dan dipaksa belajar mengira kerana takut anaknya hilang seekor..yela kan kecoh satu kampung.
  • kalau haiwan pergi sekolah....kijang akan mengungguli acara lompat kijang dalam acara sukan sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....maka akan ada peraturan "tidak dibenarkan memakan haiwan lain..AMARAN KERAS:haiwan karnivor."
  • kalau haiwan  pergi sekolah...di kantin sekolah akan dijual rumput kering,jagung ayam,daging mentah, dan bermacam macam lagi makanan yang kita tak akan jumpa di kantin sekolah normal.
  • kalau haiwan  pergi sekolah....kura kura akan selalu dihadapkan ke pengetua sebab datang lambat
  • kalau haiwan bersekolah.....kambing akan di denda sebab simpan janggut..hahaha...sekolahkan x leh simpan tanduk
  • kalau haiwan pergi sekolah....katak takut masuk makmal biologi..takut jadi  bahan eksperimen
  • kalau haiwan pergi sekolah....burung hantu akan sentiasa tidur dalam kelas...
  • kalau haiwan  pergi sekolah....anjing dan kucing akan dibuang sekolah sebab selalu bergadoh...bak kata pepatah ibarat anjing dengan kucing
  • kalau haiwan pergi sekolah....semut akan di tempat di kelas murid kurang upaya...yela..nercampur ngan gajah ke ...gorila kew...x ke penyek semut 2
  • kalau haiwan pergi sekolah.....x derk kes curi...sebab haiwan x pandai mencuri
  • kalau haiwan pergi sekolah...x derk kes ponteng sekolah..sebab haiwan tak derk otak kreatif camne nak ponteng sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....haiwan akan hormat ketua atau orang yang lebih tua....maka x derk kes kurang ajar kat sekolah
  • kalau haiwan pergi sekolah....haiwan x akan berungut...walau kerja sekolah bnyak atau apa pown..sebab haiwann xleh bercakap....

Persembahan untukmu



malam ini aku duduk di bawah
langit dipenuhi bintang terang
kalau ku bisa terbang 
dan gapai bintang
kan kurangkai bintang itu 
menjadi rantaian nama kita
sebagai tanda cinta kita bersatu
agar sentiasa berpadu





malam ini aku duduk di bawah
langit diterangi rembulan terang
kalau ku bisa terbang
dan kendong rembulan
kan ku ukir nama kita
sebagai tanda cinta kita terus bersama
sehingga keakhir usia



malam ini aku duduk di bawah 
langit suram di selami kabus malam
kalau ku bisa terbang
rembulan dan bintang
kan kubawa menerangi malam
sebagai persembahan
saksi cintaku padamu
duhai sayangku

dahsyat jerawat di hidung

adoyai kenapalah aku nak tulis benda nie  ..hm...k2 nak tulis gak r....aku wat citer pasal nie sebab tetiba ada minah nie beria mintak wat citer pasal dier nie...so aku nak citer pasal jerawat ......nak kenal budak nie..dan apa kaitan ngan jerawat di hidung..hahaha..nie member aku yang dulu pernah ada jerawat di hidung..dah la jerawat batu..errr..dahsyat 
kan...nie sedikit laporan mengenai kejadian telah dilaporkan oleh unit rawatan rapi pesakit luar Hospital Kuala Lipis...


identiti dirahsiakan


MRSM TGS-masa  tak berapa pasti-mangsa atau lebih dikenali sebagai eira(bukan nama sebenar)...berasa amat sakit akan menghadapi detik2 jerawat batunya telah masak sepenuhnyew pada hari kejadian..nyeww....menurut mangsa kesakitan amat menyakitkan sehingga menyebabkan mangsa mengalami gangguan tidur dan sukar bernafas..lebih teruk lagi..apabila disentuh kesakitan jerawat tersebut sampai boleh menyebabkan lelehan air mata yang banyak..menurut saksi kejadian,khoirin,mangsa sering mengadu dan meracau kerana kejadian tersebut.namun setelah beberapa minggu kesakitan mula reda dan mangsa dapat diselamat oleh sokongan rakan sekeliling..namun kemalangan jiwa tidak berlaku-bernama.


~~~~^^,~~~~

disini menantiMu kini



kesempatan ini aku berdiri
di atas kesedaran hati
mencari cahaya suci
sang pencipta
alam yang indah ini

kerancangan Mu mengatasi rancanganku
aturan Mu mengatasi aturanku
tindakanMu mengatasi tindakanku


aku  tunduk sendiri
mengenang kealpaan diri
derai permata mengalir di pipi
mengalir sendiri jatuh menitik dihati
mendidik hati membentuk peribadi murni

aku terasa sangsi
aku hamba yang kamu sayangi
aku cuba berada dijalanMu yang suci
cuba mengutip rahmat Mu yang tinggi
berusaha selagi menyakini
aku terus berdiri disini
menanti Mu sehingga kini



APA JADI:Bila manusia ada sayap...

sekadar gambar hiasan


wow...bila jari nak menekan keyboard nie...rasa cam pelik jew tajok nie kan...kalau manusia ada sayap  ape jadi....pergh..pelik kan kenapa lah manusia x derk sayap macam burung...jom saya bawa anda ke dunia fantasi tanpa sempadan saya.........sama sama kita bayangkan......



  • kalau manusia bersayap......maka manusia tak akan ada kaki ..maka kaki akan dibuat perhiasan dirumah dan kasut tidak akan wujud
  • kalau manusia bersayap.....manusia akan membeli pewarna untuk menunjukan kepada khalayak ramai...sayap sape paling cantik..warna rambut nie dah tak buat... yela ada sayap
  • kalau manusia ada sayap......orang perempuan x akan pakai kain.....yela bila terbang..hahaha...lu pikir r sendiri......
  • kalau manusia bersayap....semua buat lubang kat belakang baju....
  • kalau manusia bersayap....siap ada trafic light kat udara...siap korang kena ada lesen...kalau nak terbang
  • kalau manusia ada sayap...semua nak hinggap atas pokok..
  • kalau manusia ada sayap..setakat gunung everest....sambil duduk leh pergi puncak...yela..terbang
  • kalau manusia ada sayap....orang wat pelamin bila kahwin kat udara...
  • kalau manusia ada sayap....syarikat kapal terbang + pilot cuci tangan....
  • kalau manusia bersayap...akan ada syampu sayap....
  • kalau manusia bersyap....burung akan berjalan..kerana tension banyak manusia terbang...
  • kalau manusia bersayap....nak pergi seberang laut @oversea..hahaha....terbang sampai...
  • kalau manusia bersayap....acara payung terjun terus lenyap....
  • kalau manusia bersayap...maka perkerja alam flora..dan mak cik cleaner terpakse mengutip bulu yang bertaburan utnuk mengekalkan kebersihan..
  • kalau manusia bersayap..geng emo dah x popular..maka anak muda selamat..
  • kalau manusia bersayap,,,,mak ayah terpaksa mengajar anak untuk terbang
  • kalau manusia bersayap.....acara lumba lari x derk..acara lumba terbang akan muncul...
  • kalau manusia bersayap....demonstrasi haram diudara...kuangx3
  • kalau manusia bersayap..mat rempit  x merempit dijalanan dah....



APA JADI:Bila lelaki merajuk......


apabila lelaki merajuk..maka alamatnyer macam menjolok sarang tebuan...hm..lelaki merajuk payah nak pujuk...x macam perempuan senang merajuk dan senang dipujuk.....jika seseorang lelaki 2 merajok....maka berjaga2 para perempuan..mungkin dia dah terasa giler2 kat korang.....so camne nak atasi dan menangani masalah ini..x perk aku kasi cara nyer..aku lelaki so aku tahu apa lelaki nie rase...so macam bocor rahsia la nie....nak ikut x perk x ikut pown x perk...saje nak bagi tahu...

  • kasi masa dier tenang..rileks...bagi dier masa nak fikir balik apa dah dia buat...kat korang..jangan lama sangat..kang kaku plak kalu nak jumpe blik...
  • jangan merajok sekali..yang ini parah..kalau dua2 merajok..sapa nak pujuk..nak suruh orang ketiga pujuk kew?hmm...hahaha..pikir2 la..
  • buat2 take care..kalu korang take care pasal dier sblom nie...lipat ganda usaha....
  • korang buat hepi ngan dier.....buat macam tetiba "kawai"..tapi jangan lebih2..sudah la...kan x pasal kena tinggal kena tuduh terencat...
  • anta la...mesej2 jiwang.....
  • tanya dia masalah ape yang boleh wat sampai merajok..guna nada paling lembut pernah anda miliki....tapi bila dia x nak bagi tau..x yah dah tanya..kang kena tengking free jew....terlopong korang...
  • jangan korang menangis sekali.....control skit...
  • lastly..berdoa.....

so.....apa yang korang fikir....hm....lelaki nie dia merajok sebab dia sayang korang..kalu x merajuk macam x sayang plak...so..perempuan yang dah bersuami kew..atau berpasangan kew..ingat ye.....rileks dan selesaikan dengan berhikmah...

....pagi itu...aku menunggu...


pagi ini pagi suram
kau bawa satu nota
kau tunggu aku disana 
kau tunggu
terus menunggu
dan terus menunggu

***********

suatu pagi hari itu
ku tanya padamu 
kamu cinta akan aku
ku tunggu
terus menunggu
jawapan darimu
dari kamu

***********

pagi semalam pagi indah
kau beritahu padaku
akan kau jawab jawapanku
kau beri aku
akan kau beri jawapan 
kepada aku

**************


pagi ini pagi suram
kau terima nota dariku
nota kamu tidak beerti
kerana 
aku telah pergi
menunggu kamu di syurga nanti
............

.....penghias mimpimu.....



disaat kau tidur aku ingin tahu apa mimpimu

ingin kumasuk dan terokai semuanya

apa yang indah tentang mimpimu

jika aku diberi kesempatan


aku akan membina mahligai terindah di awan ketujuh

kan ku pagar dengan rantaian bintang berkelip tika malam

kan ku hias dengan rintik embun di waktu pagi

dan ku biarkan semilir angin meniup lembut

dan ku pacarkan sinaran mentari terang di garis lautan

agar kau senang akan mimpimu


aku akan terus menghias mimpimu

agar kau rindu akan mimpimu
 
walau kau tidak tahu siapa menghiasnya

aku hanya biarkan begitu

agar kau tersenyum tika bangun dari lenamu

^^,


 

Apa ada dengan naruto?cer citer...



yes..dapat gak tulis pasal naruto nie...naruto...hahahaha...aku nie peminat  naruto ..mesti korang rasa aku nie cam budak2..erm...tapi aku suka naruto nie adew sebab......bukan suka saja....tapi bersebab...
sebabnya...

hm kita mula yang tersurat dulu..sebabnya...jalan cerita naruto nie disusun dengan amat teratur..pelukis dia macam dapat berfikir jauh...perancangan pown teliti..kira adew umphhh...hahaha..pas2 babak2 lawan dia ada class......lukisan pown leh tahan..x terlampau complicated....pas2 pandai bermain emosi...sekejap rasa sedih...sekejap rasa jengkel.....ish mcam2..x caye?bace sendiri...bacaan nyew bermutu tinggi....tapi aku suka manga<komik>....anime<animasi> cam kaku skit..tapi boleh lagi nak layan...




hm..itu yang kita nampak...nie aku nak tulis yang tersirat...hm....naruto nie dapat bagi pengajaran yang terbaek utuk kiter..mesti korang rase ape la adew pada naruto?citer budak2...hahaha..nie nak citer skit...naruto nie seorang yang selalu kena blame sebab teruk dalam ujian ninja...selalu gagal..tapi dier x pernah putus asa...x kesah orang cakap apew .....ha..dah nampak situ?..hm....naruto gak ada goal yang besar..nak menjadi seorang yang berjawatan tertinggi dalam dunia ninja...dia tanam impian 2 dalam2..ha..dah nampak situ?x kew budak2 bace naruto nie  akan terpengaruh dengan objektif tersurat yang dier bagi.....satu lagi nie...naruto nie anak yatim piatu....tapi dia boleh hidup sebagai bukan sesiapa kepada sesiapa sekarang....

hm...aku menulis nie bukan la aku nak kater naruto nie bagos sngat..atau patot jadi role model..sebab..kiter patot jadikan Rasullah sebagai role model..hm..cume aku nak bagi tahu....orang jepun wat animasi menyuntik satu objektif yang kita x sedar....x macam kartun kat malaysia skunk ....pikir sendiri..x semua..kebnyakannye la...hm....jadi ibu bapa janganlah menghalang anak anak membaca naruto...TAPI..perlu dikawal....dan diberi nasihat agar jangan terlalu taksub.........hm...itu jew tentang naruto....
Naruto terbaik woook....tak gitu? ^^,


.....bila berkata perlu beringat....

apabila berkata kata perlu beringat..kerana mulut badan binasa..x gitu?..hmm...topik ini aku rasa sangat penting untuk diperkatakan...kebanyakan remaja sekarang mulut tak reti nak jaga...mengata orang tak ingat dunia..nie lagi2 kat fb....ishx3 ade yang mencarut bagai nak rak...marah kat orang...kutuk orang..hm..ingat kita manusia ....x elok macam 2....kalau x suka perangai orang ...diam2...sudah,,,tak pown bagi nasihat yang kaw2 punya....

kebanyakan berlaku kat golongan hawa..tak terkecuali golongan adam....hm....berkata biar berpada2..jangan nak laser sangat....ingat balik kenapa Allah bagi mulut........hm...bicara menunjukan akhlak seseorang....kalu bicara x elok x ke orang ingat  akan cerminkan diri kiter nie rendah..fikir sendiri..semua ada otak

kita sama berubah....aku pown nak ubah cara percakapan....biarlah kita berusaha dari tak berbuat apew...
ingat....bicara perlu beringat kerana dengan bicara kamu 
..akan menggambarkan
....siapa kamu sebenarnya..



...kahwin empat?Bahagia kew?....



hm...suka plak tulis pasal ni...hehehe...kahwin empat bahagia kew...mesti banyak pendapat orang pasal perkara ni..kalau perempuan...ish mana bahagia nanti perang sesama isteri.. x bleh2...tapi kalu suami eh...ikut sunnah nabi....baik2...hahaha..itulah senario kehidupan sehari. hari..

hm...bahagia kew?hm......pada pendapat saya.....kahwin empat bahagia...JIKA...suami itu mempunyai kredibiliti seorang pemimpin yang tinggi,adil dan saksama..tidak berat sebelah,mampu dari segi zahir dan batin, dan sayang kepada si isteri sama rata.....jika tidak mampu baik lupakan saja..bukan apa takut tak bahagia..satu pun dah cukup...tak gitu?

islam membolehkan berpoligami tapi perlu diingat seorang suami sudah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk seorang isteri..inikan pula empat jika nak didik seorang isteri x pass nie plak empat....bukan saya kata tak boleh..cume mengingat....sebab kehidupan berkeluarga amat penting dalam menjamin kemajuan ummah sejagat...kalau keluarga punah ranah anak terbiar tak kew masyarakat tak maju...x gitu?

^^,




....BiNTaNG 14 bila berbicara...

......dongak ke langit.....
...14 bintang akan berbicara....


bintang pertama
bintang yang  sentiasa menitipkan salam buatmu..


bintang kedua
bintang yang  menemani kamu tika sunyi


bintang ketiga
bintang yang memberi kamu cahaya kegembiraan


bintang keempat
bintang yang selalu menghembus bayu rinduku


bintang kelima
bintang yang mengukir senyum di wajah mu 


bintang keenam
bintang yang melukis kenangan bersama


bintang ketujuh
bintang yang menyambut cinta mu


bintang kelapan
bintang yang mencipta simbol cinta


bintang kesembilan
bintang yang menyampaikan ucapan sayangku


bintang kesepuluh
bintang yang mengingatimu agar ingat akan aku


bintang sebelas
bintang yang memberitahumu aku mendoakanmu


bintang dua belas
bintang yang memerhatimu untuku


bintang tiga belas
bintang yang menyentuh hatimu


...bintang empat belas...
bintang yang aku harap
dapat berbicara
bahawa

....AKU CINTA PADAMU...










....4 mata satu hati.....



empat mata satu hati....hm...keempat mata nie mempunyai hati yang satu....hm...rindu plak kat diorang nie...setiap empunya mata nie mempunyai perangai yang berbeza...tapi memiliki minat yang sama........hehehehe...disebabkan perangai yang berbeza..keempat2 nie akan meninggalkan satu kenangan yang cukup indah.........

^^,

mata yang pertama nie selalu nya mempunyai pendirian yang tersendiri ....suka mengawal keadaan dan suka menjadi ketua kepada empat orang ini...penyayang kowt<rasenyer>..hehehehe...
amat menyayangi 3 pemilik mata yang lain....

mata yang kedua mempunyai pendirian yang tetap..kuat cemburu.....sangat garang..tapi baik hati...mempunyai kata hati yang kuat...suka bergaduh dengan mata ketiga....tapi macam gaduh2 kucing ngan anjing....hm....amt suka kepada kepada ikuta toma ngan zac efron..ishx3..

mata ketiga....mata yang mempunyai hati yang cukup sensitif.....berfikiran sangt kreatif...membuat satu perkara  diluar kotak pemikiran...sangat percaya pada tahyul...sebab 2 penakut yang amat..ahahaha...suka cari pasal ngan mata kedua..hahaha..tapi pemilik mata ini mempunyai hati yang kental..

mata terakhir.....suka disayangi dan diberi perhatian..pemikiran cepat matang..cepat merajuk dan selalu mintak dipujuk...pemikiran cerdas...amat minat melalak...amat mudah bergaul ngan orang...bnyak peminat..kire hot la....

dan aku..
mata pertama ..

4 mata satu hati
kenangan ini akan terpatri
menyulam di setiap sanubari
mengukir sebuah memori

4unm3-in with bullet out with heart

about you,me and everyone.
Powered by Blogger.

aku hanya penulis yang menulis dari hati yang tulus

terImA kAsIH singgah SebEnTaR

my love

my love
bidadari aku

Popular Posts

About Me

My photo
aku seorang penulis yang menulis dari hati

berfikir mengikut akal dan hati yang bersih agar mendapat redha yang Maha Esa

Copyright © / 4unm3

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger